Selamat Datang Ke Pusat Sumber SK Naradan (Nawanon) Ranau. Murid adalah keutamaan Kami."Pisompuruai Tokou"

Tuesday, 16 February 2021

Pengenalan Pusat Sumber SK Naradan ( Nawanon ) Ranau.

Pengenalan

Pusat Sumber SK Naradan (Nawanon) Ranau ini ditubuhkan selaras dengan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Blog ini dibuat pada tahun 2016 oleh En. Harry George setelah dilantik sebagai Guru Media dan Pusat Sumber pada tahun tersebut. Guru Media dan Pusat Sumber sebelum ini adalah En. Marcellus Majiken yang telah berpindah ke sekolah yang baharu. 

Pada asasnya blog / website / laman sesawang ini ditubuhkan bagi mengalakan murid-murid SK Naradan (Nawanon) untuk membaca secara online. Ia juga bertujuan sebagai pusat rujukan bagi menyalurkan maklumat dalam bidang yang berkaitan, dokumentasi dan menyebarkan maklumat mengenai pendidikan secara maya dan yang sebagainya. 

Objektif

Menyediakan maklumat dan bahan-bahan pendidikan dengan cepat dan berkesan.

Fungsi

- Sebagai pusat penddidikan ilmu bagi terbitan buku-buku pembelajaran, buku-buku E-book, bahan-bahan pembacaan online dan link bahan-bahan pembelajaran online yang dibenarkan.

- Sebagai blog ( One-stop-center ) bagi Guru-guru, Ibubapa dan orang awam untuk mendapatkan bahan-bahan ilmu yang boleh digunakan sebagai rujukan pembelajaran secara online dan sebagainya.

Pelanggan Kami

- Murid-murid SK Naradan (Nawanon) Ranau

- Guru-guru SK Naradan (Nawanon)

- Ibu-bapa murid 

- Penduduk kampung disekitar sekolah

- Orang awam

Keahlian

- Murid-murid SK Naradan ( Nawanon ) Ranau yang telah mengisi dan membayar yuran pendaftaran sebanyak - RM0.50 sekaligus mendapat 1 kad peminjam dengan kapasiti 2 buah buku dalam tempoh peminjaman selama 14 hari.

- Guru-guru dan staff sekolah.

Diedit dan disunting oleh:
En. Harry George
GPM
Guru Media dan Pusat Sumber
SK Naradan ( Nawanon) Ranau.



No comments:

Post a Comment

Pengawas Pusat Sumber 2021

Ketua Pengawas
Darmilah Ruding

Penolong Ketua Pengawas
Adriano Liza Kunut

Setiausaha
Welljesmon

Pengawas Pusat Sumber
Jierdison Jamat

Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (GPM)

Tahniah dah terima kasih diucapkan kepada tuan/puan atas kesudian menyertai Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia ( GPM ) dengan No. Pendaftaran PPM-022-16-14122020.

Untuk makluman tuan/puan, segala maklumat berkaitan pertubuhan akan disalurkan melalui:
1. Emel ( yang didaftarkan dalam borang keahlian )
2. Kumpulan TELEGRAM PGPMM yang telah ditubuhkan pada 6 Februari 2021.

Sehubungan itu, kami menjemput semua ahli untuk menyertai kumpulan telegram di link berikut : https://t.me/joinchat/E8gzamVHgoD_se-G

Selamat menyertai keluarga PGPMM.

Saya yang menjalankan amanah,

SHAH RIDHA BIN ABD JALIL
Pengerusi
Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia ( GPM )



Link - Borang Keahlian Pertubuhan Guru Perppustakaan dan Media Malaysia.

Post Diblog Ini.